Sepertimana anak yang sulung, si adik juga mengalami masalah yang sama iaitu jaundice berpanjangan. bukan seminggu, bukan 2 minggu tapi lebih sebulan. Masuk hari ke 56, saya bawanya ke klinik untuk periksa tahap bilirubinnya, dan alhamdulillah, dah betul-betul clear. Tambahan sekarang, wajahnya lebih menampakkan kemerahan berbanding dulu.
Menurut doktor pakar yang saya temui, ada beberapa kondisi yang kita perlu periksa pada bayi:
Adakah urine bayi berwarna keruh seperti air teh
Adakah najis bayi berwarna pucat
Adakah bayi tidak aktif
Adakah berat badan bayi menurun
Adakah bayi mengalami simptom seperti demam
Jawapan saya pada doktor, kelima-lima kondisi di atas tidak berlaku pada anak saya. Doktor menyatakan dengan yakin bahawa anak saya mengalami kuning disebabkan susu ibu. Saya minta penerangan lanjut. Katanya demam kuning disebabkan susu ibu tidak bahaya. Cuma ia mengambil masa lama untuk hilang. Lebih kurang dalam masa 2 bulan ke 3 bulan. Biasanya apa yang mereka lakukan? Kata doktor, biasanya mereka akan memberhentikan susu ibu buat sementara dan berikan anak mereka susu formula. Saya sedikit kecewalah, susu yang mengalir di badan saya adalah penyebab kuningnya lambat hilang. Bila mendengar anak saya nangis apabila darahnya diambil, saya jadi down. Rasa nak surrender dah. Tapi saya bernasib baik, doktor nasihatkan saya agar tidak berhenti menyusukan anak saya.
Menurut pembacaan, ada 4 jenis demam kuning dan salah satunya ialah demam kuning susu ibu atau breastmilk jaundice. Ada sejenis komponen dalam susu ibu yang menghalang proses penguraian bilirubin secara menyeluruh. Sebahagian masih di dalam badan, dan sebahagian lagi keluar melalui najis. Tiada artikel yang menyatakan apakah komponen itu, maknanya mereka belum dapat mengesahkan apa yang berlaku dna bagaimana cara mengatasi. Cuma, si ibu dinasihatkan teruskan penyusuan selagi tidak mencecah paras kritikal.
Apa yang saya belajar daripada kedua-dua anak saya:
1- Jaundice yang dialami oleh setiap bayi tidak sama
2- Mengawal kadar bilirubin dengan rawatan fototerapi dan memastikan bayi kerap membuang najis
3- Bersedia menghadapi turun naik bilirubin bayi dalam masa 14 hari pertama
4- Jika mahu berikan rawatan lain selain fototerapi tunggulah sehingga berusia 21 hari ke atas
5- Petua-petua yang diamalkan oleh orang lain, tidak semestinya baik untuk anak kita
6- Tahap kuning bayi sama ada bahaya atau normal ditentukan mengikut umur dan berat bayi.
7- Tidak boleh makan sebarang bentuk herba termasuk lada hitam, halia dan segala rempah ratus selama 30 hari.
8- Tiada rawatan terbaik yang boleh menurunkan kadar kuning bayi dalam masa 14 hari pertama.
9- Pastikan bayi kerap membuang najis kerana lebih 98% bilirubin akan keluar melalui najis. Ini adalah reason kenapa susu ibu perlu diteruskan selagi tidak mencapai paras bahaya.
Antara yang saya amalkan sepanjang anak saya demam kuning ialah, mengambil vitamin seperti biasa especially zink, memberikan anak saya air anggur hitam untuk pastikan dia poo poo dengan banyak. Halwa kundur pun boleh jugak dan semestinya susukan dia dengan susu ibu.
Susu formula boleh turunkan bilirubin dengan cepat. Jika jaundice anak anda tinggi, apa jalan terbaik? Nantikan entry saya seterusnya. Saya nak tidurkan anak sulung saya yang turut berjaga temankan mama dia menulis.
Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee:
email: nuriez82@yahoo.com
sms: 0132085246
fb: fiza nur
