Followers

Welcome

Blog ini adalah perkongsian tentang ebook atau buku yang saya baca dan diari saya dan anak. Semoga ianya bermanfaat untuk semua yang membaca. Terima kasih kerana singgah baca dan semoga hidup kita sentiasa dirahmati

Pages

Sunday, July 18, 2010

Pentingnya B Complex

Hampir semua trial set memasukkan Vitamin B Complex. Saya akui B Complex ialah vitamin asas yang paling penting selain Vitamin C. B Complex adalah vitamin kegemaran saya dan suami. :).Mari kita lihat apakah fungsi B Complex:

- menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
- meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
- mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
- menggalakkan pertumbuhan
- penting untuk sistem saraf
- anti stress dan tekanan
- meningkatkan antibodi tubuh
- penting untuk sintesis dan aktiviti sel
- diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
- mencegah anemia
- memberikan tenaga
- penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
- amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu 
  penukaran gula kepada tenaga
- mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
- mengurangkan kolesterol
- meningkatkan selera makan

B complex juga sering dikaitkan dengan kegemukkan. Namun, setelah mencubanya sendiri dan hasil dari pembacaan, saya dapati B Complex tidak menggemukkan. Saya sangat suka dengan entry mommyLyna mengenai B Complex:

Salah satu fungsi B-Complex yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan,  tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

Vitamin B-complex juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?

Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B complex. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-complex oleh ibu.

Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-complex adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.

Saya berani menyatakan bahawa pengambilan milk booster sahaja kurang berkesan sebaliknya jika si ibu mengambil B Complex bersama milk booster, kesannya adalah lebih baik. Saya melihat pengalaman saya dan teman-teman yang sudah mencuba B Complex, ianya boleh menyebabkan kita menjadi lebih kurus dengan syarat, kita melakukan aktiviti lasak atau kerja yang memenatkan setiap hari. Ini terbukti melalui pengalaman adik saya yang bekerja di hospital. Dia jadi kurus walau makan nasi 4 kali sehari. Wah!!. 

Bagi saya yang bekerja di pejabat saya harus menjaga makan kerana saya tidak membuat kerja lasak seperti adik saya. Bagaimana saya pastikan B Complex tidak meningkatkan selera makan saya? Mudah saja. Ambil B Complex pada sebelah malam selepas makan malam. Saya tidak akan berasa lapar pada sebelah petang dan tengah malam pada esok harinya. Pengambilan air 2 hingga 3 liter setiap hari dari pagi sehingga malam menjamin agar B Complex dapat disalurkan ke seluruh badan ketika saya tidur. Saya sering menasihatkan customer saya agar mengambil vitamin selepas dinner kerana itulah waktu terbaik. Kita juga tidak perlu risau kalau2 kita terlupa kerana sudah mengambilnya sekaligus pada waktu malam.

Sumber Rujukan: Gaya Hidup Sihat

No comments: