Followers

Welcome

Blog ini adalah perkongsian tentang kesihatan, motivasi, pengalaman menggunakan vitamin Shaklee, dan diari saya dan anak-anak. Jemput baca. Jika suka artikel saya, boleh susbscribe email atau share di FB. Terima kasih singgah baca di sini.

Friday, February 18, 2011

Bahaya ubat batuk

Sewaktu menghantar Aisyah kepada pengasuhnya dahulu, kami berborak tentang kanak-kanak batuk dan asma. Rupanya ramai kanak-kanak dan bayi yang mengalami batuk yang berpanjangan. Hospital tak dapat menampung bilangan pesakit yang ramai, ibu-bapa terpaksa ulang-alik membawa anak mereka untuk pemeriksaan. Cucu pengasuh saya antara yang kritikal kerana kahak yang dah berbulan-bulan tak hilang. Tak sanggup saya bayangkan bayi sekecil 5 bulan terpaksa di bedah bagi membuang kahak. Ada yang lagi teruk pada Aisyah rupanya. Sedari kecil, semenjak dilahirkan, Aisyah jenis yang mudah bersin dan selsema. Hidung sentiasa berair je.

Saya notice pemberian susu formula menyebabkan batuk kanak-kanak lambat sembuh. Perasan tak setiap kali anak kita minum susu formula ketika dia batuk, batuknya makin menjadi-jadi. Untung bagi anak-anak yang minum susu ibu. Si ibu hanya perlu pastikan susu badannya bernutrisi bagi merawat si anak secara alami.

Berborak dengan sahabat saya, beliau menceritakan ada satu kes bayi 3 bulan disahkan mengidap kencing manis. Rupanya, si ibunya selalu berikan ubat batuk pada anaknya dek kerana batuk yang tidak sembuh2. Perasan tak, ubat batuk kalau dibiarkan terdedah akan dihurungi semut. Ya, memang kebanyakan ubat kanak-kanak manis rasanya. Pada saya, sememangnya perlu untuk setiap ibu dan bapa mendalami ilmu sebanyak mungkin.

Adalah penting untuk kita tahu punca. Sepertimana demam, suhu badan si anak mencecah paras yang tinggi. Begitu juga batuk dan selsema. Petua mandikan anak dengan air suam 3 kali sehari memang membantu. Saya dah cuba. Untuk meredakan kahak, sapukan minyak panas pada bahagian dadanya dan belakangnya. Suhu panas menyebabkan badan kekurangan air. Air menyejukkan badan kan? Lebih baik berikan air glukos kerana membantu kawal paras air. Kata ibu saudara saya, kurangkan susu fm, lebihkan air glukos. Tidak mengapa. Ada beberapa teman yang mencuba memberikan madu asli buat anak mereka. Kata mereka alhamdulillah, berkurang batuk anak mereka. Walaubagaimanapun, bagi anak di bawah 1 tahun, susu ibu adalah yang terbaik. Saya tidak berani mengesyorkan madu atau apa2 supplement untuk anak bawah 1 tahun sebab tidak berpengalaman. Namun, saya mengenali seseorang yang mengambil risiko memberikan anaknya yang berumur 45 hari dengan supplement. Dosnya dikurangkan dan hasilnya, anaknya muntahkan kahak. Alhamdulillah, anaknya sihat dan tidak perlu meneruskan rawatan di hospital. Mother's instinct is always the best kan.

Pada masa kini, ubat bukanlah satu2nya jalan penyelesaian. Perlu disertai amalan petua2 lama, pengambilan supplement, pengambilan makanan yang sesuai dan yang penting doa dan selawat. Ibu bapa perlu berkorban lebih, perlu rajin demi anak tercinta. Semoga kita menjadi ibu bapa yang terbaik di mata anak kita.

Nantikan entry saya tentang supplement yang saya berikan untuk anak saya.

Vitamin untuk kanak-kanak, apa yang saya beri pada anak saya

Merawat batuk Gaya Shaklee

No comments: