Followers

Welcome

Blog ini adalah perkongsian tentang kesihatan, motivasi, pengalaman menggunakan vitamin Shaklee, dan diari saya dan anak-anak. Jemput baca. Jika suka artikel saya, boleh susbscribe email atau share di FB. Terima kasih singgah baca di sini.

Wednesday, March 2, 2011

Vitamin untuk kanak-kanak, apa yang saya beri pada anak saya

Sejak lahir, Aisyah dah menunjukkan tanda-tanda resdung dan alahan apabila sering bersin. Ketika usianya di bawah setahun, dia sering selsema, batuk dan demam. Asiyah juga mempunyai masalah ekzema. Secara ringkasnya anak saya ini,

Sangat mudah dijangkiti penyakit
Ekzema
Kurang selera makan
Tidak suka telan ubat
Tinggal di nurseri

Vitamin yang mula-mula saya perkenalkan untuknya ialah Omega. Alhamdulillah, mula nampak peningkatan imunisasinya apabila saya perhatikan masalah hidung berair dan demam tu semakin jarak, tetapi apabila dijangkiti selsema dan batuk, ianya tidak sembuh dengan kadar segera.

Kemudian, saya perkenalkan MealShake. Saya akan campurkan sedikit dalam susunya dan apa yang saya lihat, jika selsema, memang cepat kering. Imunnya lebih kuat apabila jarang demam dan tidak mudah dijangkiti selsema dan demam seperti kanak-kanak lain.

Sepanjang pengambilan Mealshake barulah tahap kesihatannya meningkat dan aktif dan lebih ceria. Perasaan saya sangat lega kerana tidak perlu selalu bawa kain untuk lap hingusnya dan tidak perlu selalu pergi klinik ambil ubat dan tidak perlu struggle memasukkan ubat ke dalam mulutnya.

Ada satu lagi masalah, iaitu ekzema. Kesian sangat, tengah-tengah malam mengamuk gatal-gatal. Sampai tak mahu pakai pampers. Kadang-kadang sampai dia garu-garu sampai berdarah. Kadang-kadang tengah seronok bermain, tiba-tiba naik merah kat bahagian leher, terus hilang mood bermain. Inilah penyebab saya mula memasukkan sedikit protein ke dalam susunya. Alhamdulillah, ekzemanya lebih terkawal. Sekurang-kurangnya tidaklah sampai mengamuk gatal-gatal. Tidur malam jaranglah terganggu dek gatal-gatal. Emaknya pun sangat lega dapat hilangkan penat di malam hari tanpa gangguan. Ekzema menyebabkan kulit bersisik, kemerahan dan nampak menggerutu. Alhamdulillah, boleh hilang semua tu dengan syarat, protein kena konsistent.



Kesan sampingan:

Dahulu, Aisyah ni kurus sebab tidak suka makan. Asyik nak minum susu sahaja. Tapi selepas ambil vitamin, selera makannya bertambah sedikit. Dah suka makan nasi dan sup ayam. Gulai kuning mama kat Taskanya pun dia suka jugak. Tapi susu tetap pilihan utamanya. Kalau makan nasi pun 2, 3 jemput je. Tapi badannya membesar macam budak cukup makan. :)

Ini adalah komen pengasuhnya di Taska. Aisyah ni cerdik, pengemas orangnya (tidak suka lengan baju dan seluar disinting ke atas, suka betulkan tilam yang senget-senget), ringan tulang. Suruh buat sesuatu, cepat je nak menolong. Jadi ketua. Wafi yang 4 tahun tu pun kalah dengan dia. Aduh, anak perempuanku kah itu???



Dah nak siap pegi keja. Tak sempat nak cerita pasal meredakan batuk. Nantilah sambung.

No comments: