Followers

Welcome

Blog ini adalah perkongsian tentang kesihatan, motivasi, pengalaman menggunakan vitamin Shaklee, dan diari saya dan anak-anak. Jemput baca. Jika suka artikel saya, boleh susbscribe email atau share di FB. Terima kasih singgah baca di sini.

Thursday, April 21, 2011

Kebaikan melakukan hubungan seks

Entry 18sx! pada yang belum berkahwin pls treat this as an educational purpose.

Anda kenal Datuk Dr Nora Asyikin? Seorang pakar perbidanan dan pakar wanita. Sekarang sudah memiliki pusat kecantikan kesihatan khas untuk wanita, Primanora. Sempena hari Wanita tempoh hari, beliau menyampaikan talk berkenaan dengan "Great Sex!"

Menurut beliau,

Jika sakit kepala, lupakan pain killer, panadol..have Sex!
Jika stress..have Sex!
Jika letih..have Sex!
Nak kurus..have Sex!

Berikut adalah 10 kebaikan hubungan Seks:

Credit

  1. Seks mengurangkan tekanan
    Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.
  2. Seks meninggikan Immuniti badan
    Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
  3. Seks membakar lemak
    Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
  4. Seks menguatkan kesihatan jantung
    Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
  5. Seks meninggikan Self-Esteem
    Seks  meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita  merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.
  6. Seks membuatkan kita lebih menyayangi
    Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
  7. Seks mengurangkan sakit
    Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
  8. Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
    Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
  9. Seks menguatkan otot pelvis
    Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
  10. Seks membuat anda tidur lebih lena
    Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.

Dan..menurutnya lagi..biji bunga matahari mempunyai khasiat untuk meningkatkan keupayaan libido!


2 comments:

Kidney Expert said...

Salam amdin,

Saya nak tanya.Apakah yang menyebabkan seorang wanita itu hilang nafsu atau keinginan melakukan hubungan seks.Maksudnya suaminya sendiri.

fizanur said...

kurang estrogen. kena ambil makanan yang boleh tingkatkan estrogen. awk boleh google pasal hormon estrogen ni. ia penting dalam hidup seorang wanita.