Followers

Welcome

Blog ini adalah perkongsian tentang ebook atau buku yang saya baca dan diari saya dan anak. Semoga ianya bermanfaat untuk semua yang membaca. Terima kasih kerana singgah baca dan semoga hidup kita sentiasa dirahmati

Pages

Tuesday, May 17, 2011

Siapa Malaikat itu?


Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya. " Sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk turun ke dunia."

Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya, " Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan Para Malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"

Lalu Tuhannya menjawab, "Jangan takut, Sessungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti."

Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi: " Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?

Lalu Tuhannya menjawab, " Jangan takut, Malaikat yang kupilih itu akan menyanyikan lagu untuk mu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasih sayang, membuat engkau berasa hangat dan dicintai!"

Bayi itu masih belum berpuas hati, lalu bertanya lagi, " Aku tidak memahami bahasa mereka dan mereka tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"

Lalu Tuhannya menjawab, " Malaikat pilihanku akan berbicara dengan bahas ayang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara."

Bayi itu, bertanya lagi, " Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"

Lalu Tuhannya menjawab, "Malaikatmu itu akan mengajarkanmu bagaimana caranya nanti!"

Bayi itu, masih terus bertanya, " Aku dengar, di dunia itu ramai orang jahat. Jadi, siapa yang akan melindungiku nanti?"

Lalu Tuhannya menjawab, " Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"

Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi, " Aku akan bersedih kerana tidapat bersamaMu lagi."

Usah gusar, Malaikatmu itu akan menceritakan tentang - Ku padamu. Malaikatmu itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku, bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu!"


Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan yang terakhir, " Jika sudah terpaksa aku turun ke dunia itu, boleh kah aku tahu, siapakah malaikat yang Engkau maksudkan itu?"

Lalu Tuhannya menjawab, " IBU!, IBU YANG MELAHIRKAN ENGKAU!"


Jelas sekali ia adalah amanah!
source: Mastika Mei 2011




No comments: