Followers

Welcome

Blog ini adalah perkongsian tentang kesihatan, motivasi, pengalaman menggunakan vitamin Shaklee, dan diari saya dan anak-anak. Jemput baca. Jika suka artikel saya, boleh susbscribe email atau share di FB. Terima kasih singgah baca di sini.

Sunday, March 4, 2012

Mana satu nak pilih, susu fm atau transfer darah?

 Sebelum tu, aduhai, bersawangla blog ni. Sapa punya taktau! Tak reti-reti nak update selalu.

Saya nak tulis kesinambungan daripada entry terdahulu tapi rasa janggal sebab dah lama tak update. Oke, saya akan habiskan perihal demam kuning ni.

Bila jaundice anak terlalu tinggi, jalan terakhir ialah melakukan pemindahan darah. Ambik darah ibu dan masukkan ke dalam badan bayi dengan tujuan menggunakan darah ibu itu bagi memecahkan bilirubin. Biasanya prosedur ini berjaya. Sebelum melakukan proses ini, doktor minta saya tandatangan surat persetujuan. Maknanya apa tu? Maknanya apa-apa komplikasi yang berlaku pada anak saya, pihak hospital tidak akan bertanggungjawab. Macam tu kah.

Hati saya sedih sangat, sayu tengok anak saya diletakkan secara meniarap di bawah lampu dengan mata tertutup dan tidak berpakaian. Darahnya akan diambil sekali lagi dan sekiranya makin tinggi, atau tidak turun pertukaran darah akan dilakukan. Dalam bilik menyusu, saya berborak dengan seorang ibu ini. Akak ini sedang menyusukan anaknya yang pramatang. Saya meluahkan perasaan saya yang sedih tu kat dia. Dia kata doktor akan tebuk pusat bayi untuk masukkan darah saya tu. lagila saya susah hati. Dia pesan jangan angkat anak awak nanti bacaannya akan jadi lagi tinggi. Alhamdulillah, turun mendadak dan prosedur itu dibatalkan.

Bila difikirkan balik, memanglah susu ibu terbaik, susu formula pun baik jugak tapi dalam memperjuangkan susu ibu ni, jika terjadi kes macamni, saya perlu konsider pemberian susu formula. Saya pilih susu formula berbanding tukar darah. Sekurang-kurangnya ia tidak menyakitkan. Jaundice susu ibu akan berulang kepada adik beradik yang lain. Saya perlu prepare jika ada kelahiran seterusnya.

Jika anak kita masih tak baik-baik lagi walaupun dah lebih 14 hari dan menyusu susu ibu, jangan panik. Pastikan dia menyusu dengan kerap dan poo poo dengan banyak. Sampai waktunya, hilang lah kuningnya. Buat macam biasa, tenang je, dan selalu cakap pada diri sendiri yang anak kita tidak apa-apa, anak kita akan baik seperti anak orang lain. InsyaAllah, baiklah dia nanti. Kalau kita fikir positif, positiflah yang akan datang pada kita.

Saya nak kongsikan doa atau ayat Al Quran yang digunakan oleh pengamal perubatan bagi mengubati anak demam kuning:

Surah AN-NAHL (LEBAH) - Ayat 78.. "Wallah hu akhrajakum mim butu ni ummahaa tikum..

"Dan ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."

Ayat ni cantik sangat. Tengok tu, pendengaran, penglihatan, dan HATI..bukan ke jaundice disebabkan hati yang tidak berfungsi pada kadar maksimum. Mudah-mudahan, dengan ayat ini, Allah mempercepatkan kematangan hati anak kita supaya dapat ia pecahkan bilirubin tu dengan efisyen. Amiin..

Nurhafiza Hassim nuriez82@yahoo.com hp: 0132085246

7 comments:

MARIA LIZA said...

Sabarlah Fiza....Insya-Allah susu ibu tetap terbaik...

Fizah said...

salam... ni first time saya dengar jaundice susu ibu... biasanya org ckp susu ibu adalh yg terbaik...

sekarng semua baby yg baru lahir mesti ada kuning.. jarang dengar yang tak ada cuma tahap dia yang berbeza... kesian baby kecik2 dah kena ambik darah... lagi kesian kalau level tak turun.. hari2 kena ambik darah..

anyway... actually saya nak perkenalkan blogshop saya... kat sini saya ada menjual baju untuk girls, boys dan newborn gift set... jemput singgah untuk cuci2 mata...

http://mummyslittlestars.blogspot.com/

TQ..

fizanur said...

thanks maria and fizah. ada org kata sebb saya suka makan asam masa mengandung. saya taj boleh terima teori tu sbb aisyah dulu saya tak makan asam, jadi juga. org yg merasa je tahu.

Siti Nurbaya said...

Saya baru bersalin 20 dec 2012 hari tu. Anak jaundis sampai hari ni. Hari ni hari ke 28. Alhamdulillah jumpa blog ni. Rasa lega sikit bila baca experience Fiza. Esok nak follow up utk liver function test and urine. Mmg mengalir air mata bila anak kena ambik darah. Anak saya yg ke-4 ni paling lama jaundisnye compared dgn yg dulu. Tadi baru sms husband srh beli glukos. Nak try petua fiza. X sampai hati nak bagi susu formula. Tapi kalau x de pilihan , nak buat camne, kan. Ya Allah, sihatkan lah Muhammad. Amin.